Program PEMBINA Memantapkan Modal Insan Pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA) SEREMBAN- Oktober 2017, program Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah di jalankan bertempat di Surau Al-Hidayah Kolej Teknologi Alpha (KTA). Program ini telah disertai oleh pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA) khususnya sertabeberapa orang ahli PEMBINA yang terpilih yang juga merupakan pegawai ahli PEMBINA itu sendiri sekitar kawasan Negeri Sembilan. Menurut pengerusi surau Al- Hidayah, saudara Ashraffuddin merupakan pelajar Kolej Teknologi Alpha, beliau berkata aktiviti yang di jalankan hasil daripada program PEMBINA ini dapat meningkatkan modal insan pelajar serta memberikan pengetahuan yang lebih khususnya dari segi pelajaran dan keagamaan. Program bermodul ini berobjektif memberi latihan kepimpinan, kefahaman dan seterusnya menyediakan para peserta sebagai aktivis PEMBINA yang produktif, efisien dan mapan di lapangan masing-masing dalam konteks pengurusan organisasi dan juga modal insa...