BERITA: REALISASIKAN ‘PUBLIC SPEAKING’ DENGAN MAKSUD SEBENAR
SEREMBAN, 22/10/2017-
Pensyarah Komunikasi di Kolej Teknologi Alpha cuba untuk memberikan pengalaman
baru kepada pelajar komunikasi dalam menyelesaikan tugasan mereka dalam subjek
‘Public Speaking’. Oleh itu, untuk memenuhi tugasan ini pensyarah telah membuat
persiapan dan menyuruh pelajar memberikan ucapan di hadapan umum.
Untuk
menyelesaikan tugasan ini setiap minggu apabila tibanya waktu mata pelajaran
‘public Speaking’ para pelajar akan membantu menyiapkan tempat untuk membuat
ucapan. Tujuan menyelesaikan tugasan pada waktunya subjek ini addalah untuk
tidak menggangu waktu subjek lain.
Tempat yang dipilih untuk membuata pengucapan
umuum ini ialah kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan umum, seperti kafe kolej.
Menurut pensyarah subjek ‘Public Speaking’ kafe kolej merupakan kawasan yang
sesuai untuk memberi ucapan kerena kafe merupakan tumpuan para pelajar dan
kakitangan kolej. Oleh itu, pensyarah telah melekapkan segala keperluan untuk
melakukan ucapan umum di kafe kolej tersebut.
Pengucapan
umum ini dikhaskan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian)
yang telah diwajibkan untuk mengambil subjek ‘Public Speaking’. Oeh kerana,
ingin memberikan kelainan dalam memberikan ucapan yang biasanya hanya
dipersembahkan kepada rakan di dalam kelas, maka pensyarah membuat keputusan
yang para pelajar komunikasi harus menyampaikan ucapan betul-betul di hadapan
umum.
Bagi
membiasakan pelajar komunikasi untuk memberikan ucapan di khalayak ramai, Dekan
Fakulti Komunikasi Dr. Wan Maharudin bin Wan Sulaiman telah melakukan inisiatif untuk membiasakan
pelajar komunikasi untuk membiasakan mereka. Kebiasaannya pengucapan umum
dilakukan di dalam kelas kuliah, namun kerana merasakan bahawa perkara itu
tidak begitu mencabar dan memberi pengalaman yang cukup kepada pelajar dan sebagai pelajar komunikasi memberi ucapan
adalah perkara biasa terutamanya membuat ucapan secara umum.
Pada
permulaan, pensyarah akan memberikan tugasan yang perlu dilakukan dengan
mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ucapan contohnya mencari
isu-isu semasa yang menjadi perbualan dan sebagainya. Seterusnya, salinan
ucapan yang telah siap bertaip hendaklah dihantar kepada pensyarah berkenaan
sebagai tugasan. Seterusnya, berdasarkan ucapan itulah kita perlu sampaikan
kepada umum dengan gaya kita sendiri. Apabila sampai masanya pelajar hendaklah
menyampaikan ucapan masing-masing mengikut giliran.
Menurut
pelajar komunikasi ini merupakan pengalaman baru kepada mereka kerana sebelum
ini hanya melakukan persembahan di dalam kelas dan hanya berhadapan rakan-rakan
sekelas. Apabila melakukan persembahan di hadapan umum ia memberikan rasa yang
berbeza terutama rasa gemuruh tetapi ia merupakan pengalaman yang menarik.
Bagi
pensyarah membuat pengucapan umum betul-betul umum kepada pelajar komunikasi
adalah untuk mereka belajar bagaimana menghadapi dunia kominikasi yang sebenar
dan rasai cara untuk mengatasi perasaan apabila perlu menyampaikan ucapan umum
bila dalam dunia pekerjaan.
Cara
ini merupakan langkah yang betul untuk membantu pelajar dalam merasai
pengalaman apabila ingin menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan,
sekurang-kurangnya tugasan yang dilakukan dan diselesaikan bersama satu
pengalaman yang cuba membiasakan mereka dengan keadaan sebenar.
Sebagai
pelajar yang sedang menimba ilmu pengalaman–pengalaman seperti sangatlah
membantu dalam kehidupan mereka kelak. Oleh itu dalam menuntut ilmu kita
haruslah bersedia untuk mencuba sesuatu yang mampu memberikan manfaat yang tidak
akan merugikan.
Comments
Post a Comment