Berita-Program Pembina Memantapkan Modal Insan Pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA)



Program PEMBINA Memantapkan Modal Insan Pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA)
SEREMBAN- Oktober 2017, program Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah di jalankan bertempat di Surau Al-Hidayah Kolej Teknologi Alpha (KTA). Program ini telah disertai oleh pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA) khususnya sertabeberapa orang ahli PEMBINA yang terpilih yang juga merupakan pegawai ahli PEMBINA itu sendiri sekitar kawasan Negeri Sembilan.
Menurut pengerusi surau Al- Hidayah, saudara Ashraffuddin merupakan pelajar Kolej Teknologi Alpha, beliau berkata aktiviti yang di jalankan hasil daripada program PEMBINA ini dapat meningkatkan modal insan pelajar serta memberikan pengetahuan yang lebih khususnya dari segi pelajaran dan keagamaan.
Program bermodul ini berobjektif memberi latihan kepimpinan, kefahaman dan seterusnya menyediakan para peserta sebagai aktivis PEMBINA yang produktif, efisien dan mapan di lapangan masing-masing dalam konteks pengurusan organisasi dan juga modal insan. Program ini dijalankan untuk melahirkan mahasiswa atau pelajar yang beragenda dan bijak menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat di kalangan ahli.
Program kali ini juga berfungsi bagi menguji sejauh mana kefahaman pelajar mengenai aspirasi yang diketengahkan oleh PEMBINA di samping menjadi satu platform bagi para pelajar menambah kefahaman dan seterusnya menjadi titik  tolak untuk para pelajar lebih giat untuk beraktivisme di ipt dan lapangan masing-masing.
Bagi menjayakan program ini, pelbagai aktiviti yang telah di lakukan oleh ahli PEMBINA kepada para pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA). Di antaranya adalah, gotong-royong perdana anjuran ahli Pembina, ceramah agama dan banyak lagi aktiviti yang menarik yang telah di anjurkan. Sebagai contoh, banyak pengetahuan yang boleh pelajar dapat apabila menyertai program ini iaitu melalui ceramah-ceramah agama yang telah disampaikan oleh ustaz dan ustazah yang mempunyai pengalaman serta mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tersebut.
Selainitu, pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain menerusi aktiviti gotong-royong yang telah diadakan pada baru-baru ini. Di samping itu, menerusi program ini, pelajar akan bekerjasama antara satu sama lain tidak mengira kaum di antara pelajar yang terdiri daripada program yang berbeza iaitu pelajar Business Administration (BBA), Bachelor of Communication (BCOM), Twintech, IUKL, serta pelajar dari program animasi. Mereka bekerjasama untuk membersihkan kawasan kolej dan surau.
Hasil daripada program PEMBINA yang telah di anjurkan ini dapat membantu pelajar memantapkan modal insan pelajar dan memberikan kefahaman yang lebih meluas tentang hal-hal agama khususnya, pelajaran dan kehidupan dalam diri pelajar. Hasil daripada program ini juga, dapat membantu pelajar kearah yang lebih positif contohnya mereka lebih mementingkan hal-hal keagamaan dan pandai membezakan perkara yang baik dan tidak baik.
Para pelajar diingatkan agar dapat beraktivis memelalui penglibatan yang positif dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara di samping berusaha untuk membentuk jati diri sebagai seorang belia Muslim yang bermakna dalam terhadap isu nasional khususnya.
 

Comments

Popular posts from this blog

RENCANA: DANA PENDIDIKAN DR. HAMZAID

BERITA: REALISASIKAN ‘PUBLIC SPEAKING’ DENGAN MAKSUD SEBENAR

RENCANA: Pembangunan modal insan melalui pendidikan teknik dan vokasional