Rencana-Peneraju Utama Alpha S Two Exterprise Kepada Pelajar Kolej Teknologi Alpha
Peneraju Utama Alpha
S Two Exterprise Kepada Pelajar Kolej Teknologi Alpha
A
|
Alpha S Two Enterprise merupakan perniagaan milikan
tunggal yang menjual barangan runcit dan alat tulis, perkhidmatan percetakan
dan fotostat, barangan aksesori pakaian lelaki dan wanita serta merupakan agen
perkhidmatan sewa pengangkutan.Tujuan Alpha S Two Enterprise membuka perniagaan
dan menyediakan perkhidmatan kepada pelajar di Kolej Teknologi Alpha adalah
untuk membantu pelajar dari segi menjimatkan wang. Kini setiap pelajar begitu
terikat dengan kewangan dan mereka ingin bersikap berjimat-cermat dan
menggunakan peluang yang ada untuk pilihan yang lebih bijak.
Oleh itu, sebagai pelajar yang berada diperingkat pengajian
tinggi semestinya memerlukan banyak kos untuk menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh pensyarah. Setiap daripada tugasan tersebut harus dicetak dan mungkin
memerlukan kos yang tinggi terutamanya tesis.kebanyakan pelajar semester akhir
banyak menggunakan perkhidmatan Alpha S Two Enterprise untuk mencetak setiap
tesis pelajar dengan kadar harga yang sangat murah dan hasil yang berkualiti
untuk memuaskan hati pelanggannya tanpa masalah.Selain dari segi kewangan,
tujuan Alpha S Two Enterprise untuk memberikan perkhidmatan percetakan dan
fotostat sebenarnyamembantu pelajar dalam menjimatkan masa. Kedudukan Alpha S
Two Enterprise begitu strategik dan berada dalam kawasan kolej. Jarak kedudukan
Alpha S Two Enterprise antara dari bilik pelajar dan kelas pelajar tidak begitu
jauh hanya 5 minit sahaja. Sememangnya, Alpha S Two Enterprise berfokuskan
kepada masa yang diperlukan oleh pelajar di Kolej Teknologi Alpha.
Alpha S Two Enterprise turut menjual barangan runcit,
alat tulis, barangan aksesori pakaian lelaki dan wanita dalam memenuhi
keperluan pelajar. Tujuan Alpha S Two Enterprise mempelbagaikan jualan adalah
membantu pelajar untuk membeli-belah dengan harga murah berbanding kedai-kedai
yang lain. Alpha S Two Enterprise turut menjadi agen perkhidmatan sewa
pengangkutan kepada pelajar yang ingin membuat tugasan di luar. Alpha S Two
Enterprise menawarkan dengan harga yang mampu sewa oleh pelajar di Kolej
Teknologi Alpha.
Hal ini kerana, Alpha S Two Enterprise sememangnya
mempunyai strategik yang lebih mementingkan ke arah keperluan bagi seorang
pelajar. Alpha S Two Enterprise akan mengadakan promosi dalam setiap jualan dan
perkhidmatan yang disediakan. Antara promosi yang dilakukan memberikan diskaun
kepada pelajar yang ingin mencetak tesis dengan harga yang mampu bayar.
Berbanding dengan kedai-kedai lain yang menawarkan perkhidmatan percetakan dan
fotostat yang mahal.
Justeru itu, Alpha S Two Enterprise juga memberi diskaun
perkhidmatan sewa pengangkutan pada hari yang tertentu sahaja dan harga yang
diberikan jauh lebih murah daripada agensi perkhidmatan sewa pengangkutan yang
lain di luar sana. Hal ini kerana, pelajar sering membuat kerja luar disebabkan
tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sememangnya, Alpha S Two Enterprise
begitu memahami dengan setiap keperluan yang diharapkan oleh pelajar Kolej
Teknologi Alpha.
Comments
Post a Comment